Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi

Oleh Che Mohd Aziz bin Yaacob, Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kemunculannya kembali konflik di Selatan Thailand pada Januari 2004 dilihat semakin rumit dengan pelbagai isu yang saling berkait. Keadaan ini menjadi cabaran besar buat kerajaan Thailand untuk mencari jalan penyelesaian. Isu konflik yang pada awalnya melibatkan tuntutan kemerdekaan (akibat penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani) oleh Orang Melayu Islam Patani (OMIP) seterusnya berkembang menimbulkan isu-isu lain. Antara isu-isunya ialah ketidakadilan kerajaan Thailand ke atas sejarah, identiti, budaya, ekonomi, dan hak asasi manusia OMIP yang majoritinya tinggal di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala. Ketidakadilan wujud apabila kerajaan Thailand menafikan tuntutan kemerdekaan tersebut dengan melaksanakan dasar-dasar yang berbentuk asimilasi dan diskriminasi ke atas OMIP. Sebagai tindakbalas, OMIP melalui pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri. Dalam pendekatan transformasi konflik, kemunculan isu-isu ini  bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana transformasi yang berlaku dalam konflik ini berbentuk negatif.

Hal ini kerana isu tuntutan kemerdekaan merupakan sesuatu tidak sukar diselesaikan kerana ia melibatkan wilayah dan ia boleh dicapai melalui kompromi. Namun, apabila bertukar kepada isu-isu yang berbentuk nilai-nilai hidup seperti sejarah, identiti, dan budaya akan menyebabkan kesukaran untuk menyelesaikannya kerana tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, penulisan ini secara umumnya akan membincangkan tentang transformasi isu yang berlaku terhadap konflik di Selatan Thailand. Penumpuan menjurus kepada faktor-faktor dan transisi perubahan isu-isu ini dan impaknya terhadap masyarakat lokal hari ini. Bagi memperkemaskan perbincangan, ditimbulkan persoalan bagaimanakah isu-isu ini menjadikan konflik semakin rumit dan berpanjangan? Jawapan kepada persoalan ini akan dianalisa berdasarkan pendekatan transformasi konflik yang menjurus kepada lima elemen transformasi yang saling berkait, antaranya, transformasi kontek, struktur, isu, aktor dan personal.

Read More ….

About pataniinstitute

Adil
This entry was posted in Article. Bookmark the permalink.

1 Response to Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi

  1. Abang Awang KL says:

    Tahniah atas kajayaan penerbitan website Patani Institute semoga kita berjaya.

    dari Abang Awang KL.

Leave a comment